Tuesday, February 28, 2012

Skim Pinjaman Buku Teks

Taklimat  Penentuan Keperluan Buku Teks Kegunaan Tahun 2013
(Pengisian Borang BTBT190)



Monday, February 27, 2012

Portal Pangkalan Data Murid

http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia/

Sistem dalam proses penyelenggaraan. Segala kesulitan amat dikesali. Harap Bersabar. Akan dibuka semula pada 3 petang.

Wednesday, February 22, 2012

Kanival Bahasa 2012

Karnival Bahasa Peringkat Bahagian Limbang
Tarikh : 23 Februari 2012
Tempat : SMK Merapok Lawas


"Seluruh warga PPD Limbang mengucapkan selamat bertanding & berjaya dengan cemerlang kepada semua wakil-wakil dari daerah Limbang".



Monday, February 20, 2012

MAKLUMAN PENTING

Portal Pengkalan Data Murid

Makluman Kepada Semua
Pihak kami menutup Info Bapa/Penjaga Utama dan Info Ibu/Penjaga Kedua buat sementara sehingga 24 Februari 2012 ini.Ia bertujuan supaya Guru Kelas hanya memberi tumpuan kepada Info Murid sahaja terlebih dahulu supaya data ini boleh digunakan oleh Aplikasi SAPS serta SPPBS yang akan mula digunakan mulai 26 Februari 2012.

Pengemaskinian Info Bapa/Penjaga Utama dan Info Ibu/Penjaga Kedua boleh dilakukan selepas tarikh tersebut (28 Februari 2012) sehingga 20 Mac 2012 kerana data ini akan digunakan untuk bantuan dan biasiswa. Pengemaskinian Prasekolah tidak perlu dilakukan pada aplikasi ini disebabkan murid-murid tersebut telah didaftarkan pada Aplikasi SMPK.

Pentadbir sekolah (administrator) dikehendaki memastikan bilangan murid mengikut Darjah/Tingkatan dan Kelas yang betul sebelum membuat pengesahan data. Setelah data tersebut disahkan, urusan mengimport data APDM oleh SAPS bolehlah dilakukan. Proses ini hanya boleh dilakukan selepas 26 Februari 2012 bagi mengelakkan kesesakan di pusat server.

Pengemaskinian info murid dilanjut sehingga 28 Februari 2012


Admin Portal Pengkalan Data Murid

Sunday, February 19, 2012

Portal Pengkalan Data Murid

SEGERA: Sila Klik & Sahkan Data Murid
Untuk tindakan Penolong Kanan Pentadbiran


Contoh:
Darjah
Jumlah Kelas
Jumlah Lelaki
Jumlah Perempuan
Jumlah Murid
TAHUN SATU
4
48
54
102
TAHUN DUA
3
43
49
92
TAHUN TIGA
4
46
52
98
TAHUN EMPAT
3
45
45
90
TAHUN LIMA
4
63
52
115
TAHUN ENAM
3
47
51
98
PRA SEKOLAH
0
0
0
0
KELAS KHAS
0
0
0
0
Jumlah Murid
292
303
595


Top of Form
 Semua data murid seperti di atas telah dikemaskini 
Bottom of Form

Thursday, February 16, 2012

MAKLUMAN PENTING/SEGERA

Pengkalan Data Murid


MAKLUMAN KEPADA SEMUA SEKOLAH PPD LIMBANG.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semua Pegawai Maklumat Di Semua PPD.  Mohon rakan-rakan semua, maklumkan kepada sekolah di bawah seliaan masing-masing untuk mengisi maklumat murid dan guru kelas sahaja memandangkan masa terlalu singkat.  Tarikh tutup 24 Februari 2012.  Maklumat lain biarkan dulu.  Akan di merge dengan Data SMM nanti.  Mohon maklumkan segera kerana banyak pertanyaan berkaitan perkara tersebut.  Kerjasama amat diperlukan untuk melancarkan proses pengisian maklumat Pangkalan Data Murid.

Terima kasih atas tindakan yang telah diambil oleh rakan-rakan sebelum ini. 

Cikgu Aida kertina Hamden Hamid
SICT JPN Sarawak

082-276396
013-8469966

Laman Sesawang Pengkalan Data Murid:


http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia/

ISU SBPA: CUEPACS LEGA

16 Februari 2012

ISU SBPA: CUEPACS LEGA

Berita Harian
Oleh Sazarina Shahrim

sazarina@bharian.com.my
2012/02/15


PRESIDEN CEUPACS, Datuk Omar Osman bersama timbalannya Azih Muda (dua dari kanan) dan Setiausaha Agung Lok Yim Pheng (kiri), pada sidang media di International Hotel, Kuala Lumpur, bulan lalu. - Foto Rosdan Wahid
PRESIDEN CEUPACS, Datuk Omar Osman bersama timbalannya Azih Muda (dua dari kanan) dan Setiausaha Agung Lok Yim Pheng (kiri), pada sidang media di International Hotel, Kuala Lumpur, bulan lalu. - Foto Rosdan Wahid

  • Kerajaan pada dasar setuju dengan 5 tuntutan kesatuan

  • Isu skim saraan baru dijangka dapat selesai lebih awal

    PUTRAJAYA: Lima tuntutan yang dikemukakan CUEPACS berhubung skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menerima maklum balas positif daripada kerajaan, sekali gus memungkinkan kontroversi isu itu diselesaikan lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan pada 16 April depan. Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, ketika pertemuan dengan pihaknya baru-baru ini memaklumkan kerajaan pada dasarnya bersetuju dengan lima tuntutan berkenaan.

    Katanya, Mohd Sidek memaklumkan lima tuntutan berkenaan perlu diberi pertimbangan, terutama yang membabitkan isu kritikal.

    Selain itu, Omar berkata, mesyuarat pasukan petugas khas semakan semula SBPA kali ketiga semalam menunjukkan maklum balas positif secara terbuka untuk menilai lima tuntutan berkenaan serta beberapa cadangan CUEPACS.

    "Selepas tiga kali bermesyuarat dan dengan kemasukan tiga lagi anggota CUEPACS dalam pasukan itu, ada perkembangan positif ditunjukkan. Ada keterbukaan dalam mendengar maklum balas daripada kita.
    "Berikutan itu, kita yakin perkara ini boleh diselesaikan lebih awal daripada tempoh yang diberikan. Lima tuntutan CUEPACS bukan satu perkara yang menyulitkan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasukan petugas khas yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, di sini semalam.

    Sebelum ini, CUEPACS mengumumkan lima tuntutan, iaitu mengkaji semula prinsip pemindahan gaji penjawat gred 54 ke bawah, mengekalkan status kekananan penjawat awam dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), mengkaji semula tangga gaji maksimum, menyenaraikan penjawat awam yang layak memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus dan menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred.

    Omar juga berkata, persetujuan kerajaan terhadap lima tuntutan CUEPACS itu akan memberikan keceriaan kepada kakitangan awam yang sebelum ini kurang puas hati dengan pelaksanaannya.

    "Isu SBPA ini dapat diselesaikan secara perbincangan seperti yang diadakan hari ini kerana jika CUEPACS tidak dibawa dalam rundingan, ia akan terus menjadi isu di kalangan kakitangan awam," katanya.

    Beliau juga memaklumkan satu bengkel Jawatankuasa Bertindak CUEPACS berhubung isu SBPA akan diadakan di ibu negara pada 17 dan 18 Februari ini bagi menyediakan kertas kerja komprehensif mengenai masalah skim baru itu.

    "Bengkel ini akan dihadiri pelbagai pihak berkaitan, termasuk ahli akademik bagi membincangkan isu itu dan menyediakan satu kertas kerja komprehensif untuk penyelesaiannya," katanya.

    Sementara itu, Ismail berkata, pasukan petugas khas masih meneruskan perbincangan dan semua maklum balas serta cadangan yang diterima akan diteliti.

    Kerajaan sebelum ini memberikan tempoh tiga bulan yang berakhir 16 April ini kepada pasukan berkenaan untuk mengemukakan cadangan penambahbaikan SBPA selepas menerima arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya kedua-dua pihak berbincang bagi menyelesaikannya.